Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah
menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah
S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah
S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada
ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan
datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu
kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah
kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu
sanjung,
dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di
waktu siang hari. Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu :
"Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang
yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di
tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di
atas kepalanya.
Pada kedua
ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan
dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah
kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu
dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur'an."
No comments:
Post a Comment