Dari
Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang
itu
selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi
masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2.
Sesiapa yang mengalirkan air sungai
selagi ada orang yang minum daripadanya.
3.
Sesiapa yang menulis mushaf ia akan
mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4.
Orang yang menggali perigi selagi ada
orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik
dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh
orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan
anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang
mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya
tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu
Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah
mati anak Adam
itu, maka terhentilah
amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal
Jariah)
2.
Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3.
Anak yang soleh yang mendoakan baik
baginya.
No comments:
Post a Comment